Masih
ramai lagi yang x tahu mengenai GST UNTUK PENGGUNA PRABAYAR. Artikel ni
mungkin boleh buat anda lebih memahami apa itu GST..
Bermula
daripada hari ini (2tahun lepas), prabayar yang dijual di Malaysia
tidak lagi akan menyertakan tambahan caj 6% pada harga jualan seperti
pada tahun lepas, sebaliknya dijual pada harga asal tanpa penambahan
GST.
Ini
bermakna, sebagai contoh, sekiranya anda ingin menambah-nilai RM10,
maka anda boleh membeli kredit tambah-nilai pada harga sama RM10, dan
bukannya RM10.60 seperti sebelum ini.
Ketika
menambah-nilai, anda akan menerima kredit yang telah ditolak dengan
GST. Sebagai contoh, jika anda menambah-nilai RM10, maka anda akan
menerima RM9.43 dalam akaun anda, dan nilai GST sebanyak RM0.57 sedia
dipotong ketika proses tambah-nilai.
Walaubagaimanapun,
kerajaan mengatakan untuk tempoh sepanjang tahun ini, pengguna prabayar
akan tertakluk kepada rebat GST. Ini bermakna, nilai GST yang dipotong
akan dikembalikan kepada akaun anda. Sebagai contoh, jika anda menambah
nilai RM10, maka anda akan menerima RM9.43 dalam akaun, dan RM0.57
dikreditkan sebagai rebat.
Pihak
SKMM mengatakan pengguna akan menerimanya serta-merta, tetapi pada masa
yang sama turut mengatakan syarikat telekomunikasi diberikan tempoh
sehingga 24 jam untuk mengembalikan rebat berkenaan.
Ini bermakna, anda akan menerima nilai yang ditolak berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam.
Secara
kasarnya, pengguna prabayar akan menerima penuh nilai tambah-nilai
mereka. Sebagai contoh, untuk tambah-nilai RM10, anda akan menerima
nilai penuh RM10 kembali ke akaun anda.
Rebat
GST hanya ditawarkan untuk pengguna prabayar sahaja, sementara pengguna
pascabayar akan dikenakan caj GST seperti biasa pada bil mereka.
Pihak
SKMM mengatakan pengguna boleh membuat aduan berkaitan proses rebat ini
jika ia tidak berlaku dengan membuat panggilan kepada 1-800-188-030.